Video SEO Bagaimana Untuk Dapat Ranking Nombor #1 Di YouTube?

Video adalah salah satu bentuk kandungan digital yang semakin popular di Internet. Perkara ini boleh dilihat apabila Facebook dan Twitter memperkenalkan fungsi video Live masing-masing di sistem mereka.
Namun begitu, masih ramai lagi yang belum tahu tentang cara yang betul untuk mendapat nombor #1 di YouTube untuk video telah mereka hasilkan.
Dalam video di atas, Brian Dean, pengasas Backlinko berkongsi pengalaman beliau melakukan eksperimen video SEO di YouTube.
Berikut adalah perkongsian beliau:
#1 – Jadikan video lebih panjang
Menurut beliau, video yang berdurasi lebih panjang akan menyumbang kepada jumlah masa tontonan yang lebih panjang. Apabila digandingkan dengan audience retention para penonton yang lama, ia akan memberi signal kepada YouTube bahawa video tersebut menarik dan informatif.
#2 – 15 saat pertama adalah saat kritikal
Brian berkata, beliau mengamalkan formula Preview, Proof, Preview again (PPP). Pada permulaan video, beliau berkongsi gambaran kasar tentang topik yang akan dibincangkan di dalam video tersebut (preview).
Kemudian, beliau pula berkongsi bukti-bukti yang telah terhasil hasil daripada teknik-teknik yang beliau akan kongsikan di dalam video tersebut (proof).
Dan pada akhir video, beliau membuat rumusan video dan memberi tips, kajian kes dan informasi baru kepada penonton (preview again).
#3 – Kata kunci tepat dalam tajuk
Selain itu, beliau meletakkan keyword yang betul dan tepat dalam setiap tajuk video-video beliau di YouTube.
Beliau juga berkata bahawa lokasi keyword dalam tajuk juga memberi impak kepada SEO video tersebut. Jika ia berada di hadapan, kebarangkalian untuk video tersebut mendapat ranking pertama di YouTube adalah tinggi.
#4 – Sebut kata kunci dalam video
Brian juga berkata bahawa dengan menyebut keyword apabila bercakap dalam video boleh menyumbang kepada ranking yang lebih baik di YouTube.
Ini kerana YouTube sudah mempunyai algoritma yang boleh mengesan dan membaca konteks disebalik sesebuah video biarpun video tersebut tiada sarikata.
#5 – Signal sosial dari penonton video
Brian berkata, beliau mengajak penonton-penontonnya untuk menonton lebih banyak lagi video-video beliau, berikan like, komen dan langgan saluran YouTube beliau. Signal sosial ini boleh membantu video tersebut muncul di posisi terunggul di YouTube.
[BONUS] #6 – Optimumkan CTR
Tip terakhir yang beliau kongsikan adalah, CTR optimization dengan memanipulasikan:
- Title
- Thumbnail
- Description
Tajuk, gambar dan penerangan video yang menarik perhatian akan meningkatkan kadar klik (CTR).

5 Kepentingan Website Untuk Pemasaran Bisnes
By : JOMBIZ Network on 25 Apr 2018
11 Things Successful People Do By Age 30
By : JOMBIZ Network on 13 Mar 2017
Best Email Marketing Software for Small Business
By : JOMBIZ Network on 26 Dec 2016
7 Tabiat Orang Kaya Yang Nampak ‘Miskin’
By : JOMBIZ Network on 19 May 2018
Tutorial Link CIMB Kwik Debit Mastercard ke Steam dan Paypal
By : JOMBIZ Network on 20 Nov 2016
32 Cool WhatsApp Tricks To Chat Like A Pro
By : JOMBIZ Network on 4 Jan 2017
Fortunejack - bitcoin casino, sport betting, bitcoin dice
By : Vitalii Orlov on 16 Feb 2021
разнорабочий в шереметьево в москве bestgruzchik
By : InvillevicH InvillevicH on 20 Dec 2020
купить секс мебель
By : InvillClelf InvillClelf on 14 Nov 2020
производители вышек путь
By : Davidfraus Davidfraus on 3 Nov 2020