Tutorial Cara Buat Website Custom Audiences (WCA)

Dalam artikel yang lepas, saya ada kongsikan beberapa cara untuk tarik trafik menggunakan Facebook Ads dan kebanyakkannya menggunakan Website Custom Audiences (WCA). Dalam artikel kali ini pula, saya tunjukkan kepada anda cara untuk buat Website Custom Audiences (WCA) menggunakan Advert Manager dan Power Editor.
Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Advert Manager
1) Dalam Advert Manager, klik ‘Audiences‘ pada sidebar kiri
2) Kemudian, klik butang hijau ‘Create Audience’ pada bahagian atas kanan. Pilih ‘Custom Audiences’
3) Pop Up seperti gambar di bawah akan keluar. Pilih ‘Website Traffic‘
4) Namakan ‘Audience Name‘ yang mudah anda ingat. Jika perlu, tulis maklumat tambahan pada bahagian ‘Description‘. Audiens yang pernah berkunjung ke website anda akan disimpan mengikut bilangan hari yang anda set pada bahagian ‘In the last‘. Maksimum hari yang boleh anda set adalah 180 hari.
5) Pada bahagian ‘Website Traffic‘, anda boleh pilih target audiens untuk iklan anda berdasarkan pilihan yang diberi.
6) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages‘, anda boleh target pada pengunjung websiteberdasarkan keyword url artikel blog anda.
7) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages but not others’, anda boleh tapis audiens yang anda mahu atau tidak, berdasarkan keyword url artikel blog pada bahagian ‘Include’ dan ‘Exclude’.
8) Selepas itu, klik butang dalam kotak merah di bawah, kemudian klik ‘View Pixel Code‘
9) Anda perlu copy ‘Pixel Code’ ini dan paste dalam di antara dan dalam kodtemplate websites anda. Jika anda pengguna WordPress, anda boleh gunakan plug in Open Hook untuk memudahkan ‘Pixel Code’ ini diletakkan dalam kod template website anda.
Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Power Editor
Dalam Power Editor, klik pada bahagian ‘Manage Advert’ dan pilih ‘Audiences’. Anda akan dibawa semula ke langkah ke-2 seperti dalam Advert Manager.
Anda boleh rujuk kembali langkah di atas kerana semua langkah seterusnya sama seperti dalam Advert Manager.
Selepas anda siap buat Website Custom Audiences, anda boleh mula gunakannya dalam Custom Audiences untuk beriklan di Facebook.
Itu sahaja tutorial ringkas cara buat Website Custom Audiences. Jika anda bijak menggunakan fungsi ini, mudah untuk anda target pada audiens yang tepat. Semoga berjaya!
- credit to : sifufbads

5 Kepentingan Website Untuk Pemasaran Bisnes
By : JOMBIZ Network on 25 Apr 2018
11 Things Successful People Do By Age 30
By : JOMBIZ Network on 13 Mar 2017
Best Email Marketing Software for Small Business
By : JOMBIZ Network on 26 Dec 2016
7 Tabiat Orang Kaya Yang Nampak ‘Miskin’
By : JOMBIZ Network on 19 May 2018
Tutorial Link CIMB Kwik Debit Mastercard ke Steam dan Paypal
By : JOMBIZ Network on 20 Nov 2016
32 Cool WhatsApp Tricks To Chat Like A Pro
By : JOMBIZ Network on 4 Jan 2017
Fortunejack - bitcoin casino, sport betting, bitcoin dice
By : Vitalii Orlov on 16 Feb 2021
разнорабочий в шереметьево в москве bestgruzchik
By : InvillevicH InvillevicH on 20 Dec 2020
купить секс мебель
By : InvillClelf InvillClelf on 14 Nov 2020
производители вышек путь
By : Davidfraus Davidfraus on 3 Nov 2020