UA-111544038-4

Trend Marketing 2017 di Malaysia

Adakah anda memiliki website, blog atau Facebook Page bagi tujuan pemasaran online?
 
Adakah anda tak pasti yang mana satu lebih baik dan berkesan untuk pemasaran online?
 
Adakah website atau Facebook Page anda TIDAK mendapat sambutan seperti diharapkan?
 
Anda tak keseorangan... malah ramai lagi di luar sana yang menghadapi permasalahan yang sama.
 
Antara website dan Facebook, yang manakah perlu diberikan perhatian?
 
 
Jawapannya bergantung kepada audien anda... dan bagaimana mereka ‘view’ platform yang anda gunakan. Untuk sepanjang 2016 ini, trend penggunaan platform untuk akses bahan-bahan di internet telah banyak berubah.
 
Jika dahulu desktop mendominasi, kini ianya semakin menyusut... dan digantikan dengan platform berbentuk mobile... sama ada smartphone atau pun tablet. Kami merujuk kepada data-data dari salah satu kempen kami secara online dalam tempoh 6 bulan - bermula dari Mei lalu sehingga November.
 
Berikut adalah ringkasannya...
 
 
Dari segi jumlah trafik keseluruhannya... sebanyak 75% adalah dari social network (khususnya Facebook).
 
Peratusan sumber trafik (pengunjung)
 
 
Manakala daripada segi platform, 91.80% merupakan pengguna Smartphone. Diikuti sebanyak 4.60% pengguna desktop, dan 2.60% adalah pengguna tablet.
Peratusan penggunaan jenis Platform
 
 
Kemudian, dari segi penggunaan browser, 91.8% adalah pengguna mobile browser, dengan penggunaan Chrome sebanyak 3.6%, dan diikuti oleh tablet sebanyak 2.6%.
Penggunaan jenis browser
 
 
Melihat kepada trend ini, dapat kami rumuskan bahawa...
Di Malaysia, majoriti pengunjungnya adalah melalui Facebook. Oleh itu, adalah satu tindakan tepat untuk menumpukan kepada pemasaran di Facebook. Manakala dari segi penggunaan website pula... sudah sampai masanya untuk memastikan yang website yang digunakan adalah mesra mobile - TIDAK seperti sesetengah website yang tidak dapat dilihat dengan baik pada mobile platform.
 
Cuba lihat website anda pada desktop, dan kemudian, lihatlah pula pada smartphone anda...Adakah website anda itu mobile friendly?