Struktur Asas Pemasaran Carian #1 Tujuan Kempen Yang Jelas

Artikel ini adalah siri pertama di dalam sekuel Struktur Asas Pemasaran Carian. Dibawah adalah senarai siri yang ada di dalam sekuel ini:
1. Tujuan kempen yang jelas;
2. Kajian katakunci;
3. Pemilihan “landing page” yang relevan;
4. Sistem “tracking”;
5. Basuh, Perah, Ulang (Wash, Rinse, Repeat).
Bagi siri pertama ini, apa yang anda akan pelajari adalah kepentingan mempunyai misi & tujuan yang jelas sebelum memulakan kempen pemsaran carian anda.
Menentukan Tujuan Pemasaran Carian Anda
Samada pemasaran carian berbayar (AdWords) mahupun tidak berbayar (SEO), adalah amat penting untuk anda menentukan apakah misi, apakah ‘end goal’ yang anda mahu di dalam kempen anda.
Adakah tujuan kempen anda untuk;
1. Membina senarai prospek (list building)?
2. Atau untuk membuat jualan terus (direct sale)?
3. Atau sekadar untuk menghebahkan produk atau jenama anda (branding awareness)?
Penting untuk anda menentukan tujuan kempen ini, kerana ia akan membentuk ‘struktur’ kempen anda secara keseluruhan.
Ini kerana, lain tujuan kempen, lain jugalah strukturnya.
Katakan anda nak buat rumah banglo, strukturknya akan berbeza dengan rumah panjang Sarawak.
Kenapa Berbeza?
Tujuan kempen akan menentukan struktur-struktur seterusnya di dalam pemasaran carian anda.
Sebagai contoh disini, jika tujuan kempen anda adalah untuk membina ‘list’ (list building) atau dalam kata lain adalah mengumpul prospek (lead generation), perbezaan dapat dilihat dari segi:
1. Katakunci yang akan di-target;
Carian yang dibuat oleh prospek berbeza-beza mengikut corong pembelian (buying funnel) seperti imej dibawah:
Jika tujuan kempen anda adalah penjenamaan, prospek anda adalah mereka yang berada di fasa (stage) kesedaran (awareness).
Di fasa ini, pemilihan katakunci yang akan digunakan adalah berbeza dengan mereka di fasa-fasa yang lain.
Saya akan berkongsi dengan lebih mendalam berkenaan kajian katakunci di dalam artikel yang seterusnya di dalam siri ini (Kajian katakunci).
2. Pemilihan ‘landing page’ yang sesuai;
Maaf, saya tidak dapat menjumpai perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu untuk ‘landing page’ ini.
Lihat balik corong pembelian diatas, setiap fasa mempunyai prospek yang berlainan kehendak.
Contoh mudah, prospek yang berminat untuk membeli kereta Proton (kehendak) akan pergi ke bilik pameran (showroom) Proton, manakala prospek yang masih tiada keputusan untuk membeli mana-mana kereta akan pergi ke pameran atau ekspo kereta dimana pilihan jenama kereta adalah lebih besar.
Sama juga bagi pemilihan ‘landing page’, lain fasanya, lain jugalah bentuknya.
Di dalam siri yang ketiga (Pemilihan ‘landing page’ yang relevan), saya akan bercerita dengan lebih lanjut akan perkara ini.
3. Target metriks untuk menentukan keberkesanan kempen anda;
Target metriks untuk mendapatkan jualan akan berbeza dengan target untuk menyebarkan jenama.
Bagi metriks mendapatkan jualan, pastinya anda mahu menetapkan ROI (Return On Investment) yang tertentu supaya wang yang dilaburkan kepada kempen pemasaran carian anda membawa pulangan yang anda mahukan.
Dan dari situ, anda boleh melakukan optimisasi berterusan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan anda.
Jadi, saya berharap tiga perkara yang dibentangkan diatas cukup untuk meyakinkan anda betapa pentingnya mempunyai tujuan yang jelas untuk kempen pemasaran carian anda.
Tentukan tujuan kempen pemasaran carian anda sekarang, supaya kempen anda mantap, tegap & perkasa.
- kredit: ProspekDigital

5 Kepentingan Website Untuk Pemasaran Bisnes
By : JOMBIZ Network on 25 Apr 2018
11 Things Successful People Do By Age 30
By : JOMBIZ Network on 13 Mar 2017
Best Email Marketing Software for Small Business
By : JOMBIZ Network on 26 Dec 2016
7 Tabiat Orang Kaya Yang Nampak ‘Miskin’
By : JOMBIZ Network on 19 May 2018
Tutorial Link CIMB Kwik Debit Mastercard ke Steam dan Paypal
By : JOMBIZ Network on 20 Nov 2016
32 Cool WhatsApp Tricks To Chat Like A Pro
By : JOMBIZ Network on 4 Jan 2017
Fortunejack - bitcoin casino, sport betting, bitcoin dice
By : Vitalii Orlov on 16 Feb 2021
разнорабочий в шереметьево в москве bestgruzchik
By : InvillevicH InvillevicH on 20 Dec 2020
купить секс мебель
By : InvillClelf InvillClelf on 14 Nov 2020
производители вышек путь
By : Davidfraus Davidfraus on 3 Nov 2020