UA-111544038-4

7 Perkara Yang Wajib Tahu Sebelum Mula Kempen Pemasaran

 

7perkara

Salam hormat dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya yang sangat cantik ni.. :p

Artikel kali ni saya nak kongsi antara tips2 panas yang saya dah kongsi di Channel telegram  sebelum ini. Tips ini lebih kepada anda yang masih baru dan belum pernah lagi melakukan sebarang kempen pemasaran.

Namun begitu, jika anda dah buat kempen pemasaran mungkin boleh jadikan sebagai rujukan tambahan mana lah tau ada yang terlepas pandang.

Berikut merupakan senarai tips yang saya copy dari Channel telegram tetapi saya sudah edit sedikit supaya nampak lebih kemas di blog ini: 

  1. Channel Marketing ada pelbagai, fokus 1 sahaja buat permulaan, ramai orang nak cuba macam-macam, semua dia nak belajar, facebook ads, adwords , Email marketing , Story telling & lain2.. Jika anda tak tahu nak buat mana satu. saya cadang mulakan dengan facebook dahulu.
  2. Untuk orang baru FB adalah channel yg paling sesuai. Ini kerana semua orang mempunyai Facebook tak kira muda & tua. Tidak seperti halaman social yang lain seperti instagram yg lebih kpd golongan muda sahaja. Begitu juga twitter.  Jadi mulakan dengan facebook.
  3. Jika anda tidak tahu teknik promosi apa yang berkesan di Facebook, rujuk lah pesaing anda, Bagaimana mereka melakukan pemasaran. Dari situ sahaja anda dah boleh jumpa banyak idea untuk pemasaran. Kita hanya perlu tiruvasi sahaja. Yang penting kita usaha & jangan putus asa
  4. Dalam fb ads managers, ada kempen, adset, ads . Setiap kempen berlainan objektif. Ada yg nak buat kempen utk sales, kumpul like, kumpul lead, click to website dan sebagainya. Tips tambahan: Satu kempen sy fokus 1 page & satu post page sahaja (kalau boost page) Saya tak letak 1 kempen tu banyak page atau pelbagai post page.. pening..
    Memudahkan juga utk buat split test & monitor performance iklan
  5. Jika anda menggunakan Facebook ads, Rugi itu pasti untung itu belum tentu, Jika anda tidak bersedia untuk rugi jangan bermimpi nak guna FB ads. Rugi disini ialah apabila anda buat iklan tidak mendapat sebarang jualan. ini adalah sebahagian proses pembelajaran. Bila anda rugi anda akan belajar sesuatu dan perbaiki apa yang silap.
  6. Macam mana nak dpt kos rendah utk fb ads? Tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini, tapi jawapan yang terbaik ialah melakukan SPLIT TEST iklan. Buat iklan lebih dari satu (bergantung pada kategori audience anda) . Dan lihat iklan mana yang paling memberi pulangan yang maksima. Apa gunanya kalau anda dapat kos rendah 0.001 sen sekalipun untuk setiap pelawat tapi tiada sorang pun yang beli produk anda.
  7. Bagi yg tiada modal untuk buat pengiklanan.. profile fb juga adalah senjata marketing yg hebat.. buktinya saya sendiri pernah jual pelbagai barangan melalui profile sahaja, Tidak menggunakan sebarang ads . Tapi anda perlu membina trust dahulu kepada audience anda ( Friends FB)

credit by: internetmudah.com