UA-111544038-4

Macam mana pastikan iklan FB Ads kita berkesan?

Macam mana pastikan iklan FB Ads kita berkesan dan boleh berikan sales 2x ganda?
 
Jawapan ini adalah campuran daripada pengalaman dan perkongsian daripada pakar-pakar marketing yang pernah kami jumpa.

Izin kami bentangkan dalam bentuk poin, supaya anda senang faham dan praktis.

 
1) Ubah mindset. Beritahu pada diri kita,

“Tugas aku adalah melakukan seberapa banyak eksperimen iklan dengan kos yang minimum.

Aku hanya perlukan 1 iklan yang berkesan untuk dapatkan pulangan berkali-kali ganda.”
 

2) Iklan bukan bermula dengan BAGAIMANA
. Tetapi iklan bermula dengan SIAPA.

3) Tahu iklan kita ini ditulis UNTUK SIAPA. Pilih 1 segmen pelanggan saja dulu.

4) Sebagai contoh, kalau kita mahu jual produk yang boleh selesaikan masalah resdung, SIAPA yang kita mahu dia baca iklan kita?

5) Antaranya adalah individu yang mungkin kena operate hidung akibat resdung dalam masa 3 bulan dari sekarang.

6) Channel iklan seperti FB Ads mengizinkan kita eksperimen berpuluh-puluh segmen pelanggan dengan kos serendah RM15 sehari.

7) Fokus iklan kita adalah mencari SIAPA yang perlukan produk (penawar) yang kita ada.

8) Apabila asas iklan kita betul, kita tak perlu risau sangat tentang close sales.

9) Kerana prospek yang baca iklan kita itu sudah bersedia untuk membeli. Kita sudah tapis awal-awal menggunakan HEADLINE, GAMBAR, PENERANGAN MANFAAT dan sebagainya.

 
Kesimpulannya, asas sebelum buat iklan itu jauh lebih penting daripada bagaimana menghasilkan iklan FB Ads.

Berulang-ulang kali cakap, asasnya tetap sama.

Siapa 1 pelanggan yang kita nak dia baca iklan ini?

Cuba dulu eksperimen segmen pelanggan yang kita pilih. Baru kita tahu mereka ini perlukan atau tidak produk yang kita jual.
 
- credit to writetowealth