Langkah-Langkah Melancarkan Iklan Facebook Ads Pertama Anda

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi dengan anda langkah demi langkah melancarkan kempen AdWords pertama anda, untuk siri tutorial kali ini kami akan berkongsi dengan anda langkah demi langkah melancarkan iklan Facebook ads pula.
Panduan ini lebih sesuai buat anda yang tidak pernah mempunyai pengalaman menggunakan platform Facebook ads & masih tercari-cari panduan langkah demi langkah yang mudah difahami.
Namun, sebelum kita bermula, izinkan kami untuk berkongsi sedikit sebanyak fakta mengenai Facebook:
1. Jumlah pengguna aktif (secara bulanan) di seluruh dunia adalah sebanyak 1.32 billion;
2. Di Malaysia saja, pengguna Facebook yang aktif adalah berjumlah sebanyak 15 ke 20 juta sebulan;
3. Daripada keseluruhan pengguna aktif Facebook di Malaysia, 34% daripada mereka tinggal di Kuala Lumpur, yakni jumlah paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Angka 15 juta nampak cukup besar untuk pasaran produk atau servis anda, bukan?
Dan yang lebih menarik, anda boleh mencapai pasaran target ini sepantas 15 minit saja dengan Facebook ads!
Dah tak sabar nak belajar? Tanpa membuang masa jom kita mula!
*Tutorial di bawah dibuat dengan andaian yang anda sudah mempunyai akaun Facebook ads, jadi kami tak akan sentuh proses bagaimana untuk mendaftar akaun Facebook mahupun bagaimana untuk mendaftar akaun Facebook Ads.
Langkah #1 – Klik Butang ‘Create Advert’
Anda boleh akses ke butang ini melalui link dibawah:
https://www.facebook.com/ads/manage/home/
Butangnya terletak di bahagian atas kanan di laman diatas, contoh seperti gambar dibawah:
Langkah #2 – Pilih Objektif Pengiklanan Anda
Sama seperti apa juga kempen pemasaran & pengiklanan, semuanya bermula dengan objektif atau tujuan kenapa anda nak lancarkan sesuatu iklan tersebut.
Anda nak jualan (sale)? Nak dapatkan leads (prospek)? Atau cuma nak tingkatkan jenama produk anda (branding)?
Setiap obektif inilah yang akan menentukan dimana jenis ‘Objective’ yang anda akan pilih dalam langkah ini:
Objektif kami melakukan pengiklanan Facebook ads untuk produk ini adalah untuk mendapatkan seramai yang boleh prospek target di Facebook untuk mendapatkan video percuma ini.
Jadi, objektif yang paling sesuai dengan tujuan kempen kami diatas adalah samada;
1. Send people to your website;
2. Increase conversions on your website;
3. Boost your posts.
Dan untuk meringkaskan tutorial ini (untuk memudahkan pemahaman anda), kami memilih objektif yang pertama yakni ‘Send people to your website’ & setelah memilih objektif ini, anda akan lihat laman seperti dibawah:
Langkah #3 – Masukkan Maklumat Yang Diminta
Jadi selepas anda pilih objektif, langkah seterusnya adalah memasukkan maklumat sepeti yang diminta, dan dalam contoh kami, ianya adalah link URL yang akan dilihat oleh prospek setelah mereka klik iklan kami nanti.
Seperti yang kami terangkan sebelum ini, kami memilih untuk membuat promosi untuk produk video percuma SEO dan link URL kami masukkan ke bahagian yang diminta, seperti di bawah:
Langkah #4 – Tentukan Target Audiens Anda
Target audiens adalah mereka yang anda mahu iklan anda dilihat. Untuk menentukan target audiens ini, ada beberapa ‘filter’ asas yang anda boleh guna seperti:
1. Lokasi prospek;
2. Umur;
3. Jantina;
4. Bahasa;
Anda boleh tentukan ‘filter’ seperti dalam imej dibawah:
Contoh dalam kes kami, audiens target kami mengikut ‘filter’ diatas adalah:
Dan jika anda perasan, di bahagian kiri skrin anda ada ditunjukkan berapa ramai target audiens mengikut filter yang anda masukkan sebentar tadi, seperti contoh bagi target audiens kami, jumlah prospek yang berpotensi untuk lihat iklan kami adalah seramai 9,600,000 (9.6 juta) orang!
Tip: Filter asas diatas adalah terlalu ‘broad’ (besar) & tak semestinya kesemua mereka yang sejumlah 9.6 juta ini mempunyai minat terhadap produk yang anda iklankan. Pada masa yang sama anda perlu keluarkan bajet yang lebih besar untuk capai target audiens seramai ini.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengecilkan lagi skop pasaran target dengan menggunakan ‘filter’ tambahan yang seterusnya seperti dibawah:
Secara ringkas:
1. Interest:
Bagi opsyen targeting ‘advance’ ini, ia adalah kumpulan prospek berdasarkan minat mereka seperti contoh Facebook page apa yang mereka ‘like’, aktiviti mereka serta topik-topik yang relevan dengan prospek pilihan anda. Sebagai contoh dalam kes kami, kami pilih prospek yang mempunyai ‘interest’ terhadap ‘marketing’ (klik butang ‘tambah’ untuk pilih):
2. Behaviours:
Berdasarkan pengalaman kami, opsyen kedua ini boleh jadi opsyen pilihan. Ini kerana kebanyakan data ‘behaviour’ ini adalah berdasarkan pengguna Facebook di US sahaja. Jadi untuk kes kami, kami akan biarkan sahaja opsyen ini tanpa sebarang tambahan ‘filter’.
3. Connections:
Opsyen ketiga ini lebih sesuai jika anda sudah mempunyai Facebook page sendiri. Opsyen ini memberi pilihan untuk anda:
i. Target prospek yang sudah menjadi fans di Facebook page anda;
ii. Elakkan iklan anda dari dilihat oleh prospek yang sudah menjadi fans Facebook page anda;
iii. Rakan-rakan kepada fans Facebook page anda.
Contoh ini, kami pilih untuk mengelakkan iklan kami dari disiarkan kepada fans salah satu Facebook page kami seperti dibawah:
Langkah #5 – Tentukan Bajet & Jadual Iklan Anda
Setelah puas hati dengan target audiens yang anda telah tetapkan dalam langkah sebelum ini, seterusnya adalah menentukan bajet iklan anda.
Anda boleh pilih bajet harian (daily) atau ‘lifetime’. Mana satu pilihan bajet, semuanya bergantung kepada anda.
Pilih bajet harian seandainya anda masih belum buat keputusan berapa banyak bajet iklan yang anda mahu belanjakan & hanya mahu melakukan ‘testing’ terlebih dahulu.
Bajet lifetime lebih sesuai untuk anda yang sudah ada nilai berapa yang anda mahu laburkan untuk kempen pengiklanan ini.
Seterusnya tentukan jadual (schedule) iklan anda. Jika anda memilih daily budget, anda mempunyai pilihan samada boleh membiarkan iklan anda disiarkan tanpa tarikh tamat (end date) atau tidak. Namun jika anda pilih lifetime, anda wajib untuk tentukan ‘end date’ iklan anda.
Dalam contoh ini, kami pilih untuk menggunakan daily budget dengan jumlah sebanyak RM15 tanpa sebarang tarikh tamat iklan.
Langkah #6 – Pilih Imej Iklan Anda
Salah satu perkara yang menarik mengenai Facebook ads adalah anda boleh menggunakan imej sebagai faktor ‘penarik’ terhadap iklan yang anda siarkan.
Juga amat penting untuk anda tahu bahawa pemilihan imej ini sangat-sangat penting dan ia boleh menjadi sebab utama iklan anda mampu mendapat respon yang baik atau sebaliknya.
Kami takkan sentuh dengan mendalam bagaimana untuk memilih imej yang betul (simpan untuk artikel yang seterusnya), namun ada beberapa tip berdasarkan pengalaman kami sendiri:
1. Elakkan imej yang mempunyai terlalu banyak ruang kosong (blank space);
2. Jangan masukkan terlalu banyak teks di dalam imej (teks boleh diletakkan di dalam bahagian ‘Text’ iklan;
3. Gunakan imej-imej yang menunjukkan nilai-nilai positif (wajah tersenyum, bayi)
4. Pastikan imej adalah hakmilik anda & bukannya diambil dari mana-mana sumber ‘copyright’.
5. Pastikan imej anda relevan dengan iklan anda (yang ini paling penting!)
Jadi, setelah mengikut tip diatas, anda boleh tentukan imej seterusnya memuat naik ke bahagian dibawah:
Dan dalam contoh kami, kami memilih imej seperti dibawah:
Tip: Tak ada sumber untuk imej iklan anda? Boleh manfaatkan sumber percuma di Pixabay.com:
Imej di Pixabay.com adalah percuma & anda boleh gunakannya untuk tujuan komersial (seperti contoh dalam iklan Facebook ads ini). Imej yang kami gunakan dalam tutorial ini juga kebanyakannya datang dari Pixabay.com.
Langkah #7 – Tulis Iklan Anda
Imej dah pilih, jadi langkah seterusnya adalah menulis iklan. Dalam iklan ini, anda akan diberikan dua bahagian wajib untuk anda masukkan dalam iklan anda, iaitu tajuk (Headline) & penerangan iklan (Text):
Apa yang anda perlu tahu adalah bagi kedua-dua bahagian ini ada ‘character limit’ yang telah ditetapkan Facebook. Jumlah karakter maksimum bagi headline adalah 25 (sama seperti headline di AdWords) & text adalah 90.
Jadi disinilah anda perlu gunakan ‘jus kreatif’ anda sebanyak yang boleh untuk menulis iklan yang betul-betul mampu menarik perhatian audiens target anda sekaligus klik iklan anda.
Dan ini adalah contoh iklan kami:
Setelah iklan ditulis, anda boleh melihat ‘preview’ dibahagian kanan seperti dibawah:
Juga di bahagian kanan ini anda boleh pilih samada untuk siarkan iklan di:
1. Desktop news feed;
2. Mobile news feed;
3. Right column (belah kanan Facebook);
4. Partner Mobile Apps.
Terpulang kepada anda samada untuk siarkan iklan di kesemua pilihan diatas ataupun salah satu sahaja. Untuk iklan ini kami pilih ianya disiarkan di desktop news feed dan mobile newsfeed sahaja. Jadi kami klik ‘Remove’ kepada opsyen Right column & Partner mobile apps:
Langkah #8 – Klik Butang Order & Tunggu Hingga Iklan Anda Di-Review & Siap!
Langkah terakhir adalah klik butang hijau sepeti contoh dibawah:
Dan siap! Anda akan melihat popup seperti ini dan klik Continue:
Langkah seterusnya adalah tunggu sehingga iklan anda mendapat ‘approval’ daripada Facebook. Setelah di-approve, Facebook akan mula menyiarkan iklan kepada target prospek yang telah anda tetapkan dalam langkah #4 sebelum ini.
Dan pada kebiasaanya ia akan mengambil masa sehingga beberapa jam untuk anda mula melihat statistik iklan anda.
Selamat mencuba & jika ada sebarang soalan, nyatakan saja di dalam bahagian komen dibawah.
- kredit: ProspekDigital

5 Kepentingan Website Untuk Pemasaran Bisnes
By : JOMBIZ Network on 25 Apr 2018
11 Things Successful People Do By Age 30
By : JOMBIZ Network on 13 Mar 2017
Best Email Marketing Software for Small Business
By : JOMBIZ Network on 26 Dec 2016
7 Tabiat Orang Kaya Yang Nampak ‘Miskin’
By : JOMBIZ Network on 19 May 2018
Tutorial Link CIMB Kwik Debit Mastercard ke Steam dan Paypal
By : JOMBIZ Network on 20 Nov 2016
32 Cool WhatsApp Tricks To Chat Like A Pro
By : JOMBIZ Network on 4 Jan 2017
Fortunejack - bitcoin casino, sport betting, bitcoin dice
By : Vitalii Orlov on 16 Feb 2021
разнорабочий в шереметьево в москве bestgruzchik
By : InvillevicH InvillevicH on 20 Dec 2020
купить секс мебель
By : InvillClelf InvillClelf on 14 Nov 2020
производители вышек путь
By : Davidfraus Davidfraus on 3 Nov 2020