UA-111544038-4

Kepentingan Akaun Semasa Untuk Bisnes

Jika anda ingin memulakan perniagaan, membuka akaun semasa adalah penting. Jika anda menjalankan perniagaan sama ada bisnes online ataupun di kedai, sebaiknya anda membuka Akaun Semasa sama ada Akaun Individu atau Akaun Syarikat. Ini kerana jika anda hanya menggunakan Akaun Simpanan untuk urusan keluar masuk wang, jika duit keluar masuk terlalu kerap, kemungkinan akaun anda akan dibekukan oleh pihak bank.

Akaun Simpanan tidak boleh lebih daripada 10 transaksi sehari. Jika tidak, bank akan block akaun kita untuk sementara waktu. Leceh jugakan bagi kita sebagai usahawan kalau tiba-tiba hadapi masalah seperti ini.

 

KADAR MINIMUM DEPOSIT UNTUK BUKA AKAUN SEMASA

Minimum deposit untuk membuka Akaun Semasa atas nama Individu dan Perniagaan/Bisnes (Syarikat) bank-bank di Malaysia adalah seperti berikut:

 

Affin Bank
- Individu RM2,000 (perlu introducer) / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Affin Islamic Bank
- Individu RM2,000 (perlu introducer) / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Alliance Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Alliance Islamic Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Ambank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Ambank Islamic Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Bank Islam
- Individu RM500 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (tidak perlu introducer)

CIMB
- Individu RM1,000 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

CIMB Islamic Bank
- Individu RM500 (perlu introducer) / Syarikat RM500 (perlu introducer) ada premis atau RM1,000 jika tiada premis

Hong Leong Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (perlu introducer)

Hong Leong Islamic Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (perlu introducer)

Maybank
- Individu RM500 (perlu introducer) atau tidak perlu introducer jika memohon secara online / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Maybank Islamic
- Individu RM500 (perlu introducer) atau tidak perlu introducer jika memohon secara online / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Public Bank
- Individu RM3,000 (perlu introducer) / Syarikat RM5,000 (perlu introducer)

Public Islamic Bank
- Individu RM3,000 (perlu introducer) / Syarikat RM5,000 (perlu introducer)

RHB Bank
- Individu RM1,000 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

RHB Islamic Bank
- Individu RM1,000 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (perlu introducer)



* Syarat pembukaan akaun mungkin berubah dari semasa ke semasa dan berbeza di sesetengah cawangan. Introducer adalah pemegang akaun semasa sekurang-kurangnya 12 bulan di bank tersebut. Namun, introducer tidak semestinya dari cawangan/negeri yang sama. Introducer individu boleh menjadi pengenal kepada pelanggan baru individu dan juga pelanggan baru syarikat.

 

PANDUAN DAFTAR AKAUN SEMASA DI MAYBANK

---------------------------------------

Jika kita mahu buka akaun semasa di Maybank, kita perlu menyediakan wang pendahuluan (deposit) untuk buka akaun sebanyak RM1,000.00 dan dengan seorang introducer. Bagi saya lebih mudah jika kita daftar secara online sahaja. Jika kita sudah ada akaun Maybank2u, kita hanya perlu ke ruangan daftar online untuk pendaftaran. Syarat-syarat juga sudah sedia ada di situ. Hanya perlu RM500.00 sahaja tanpa introducer. Selepas itu, kita hanya perlu tunggu pihak bank menghubungi kita untuk pengesahan pendaftaran dan urusan di bank.




Ok, di sini saya ringkaskan sedikit tips untuk mereka yang mahu buka akaun semasa untuk bisnes :

1. Daftar secara online di Maybank2u, daftar untuk buka akaun semasa. Hanya perlu sediakan RM500, tanpa introducer jika daftar secara online. Baca segala syarat yang telah disediakan di situ.

2. Tunggu sehingga 3 hari, pihak bank telefon. Jika masih belum hubungi, kita perlu ambil alternatif hubungi pihak bank tersebut untuk pengesahan.

3. Pergi ke bank, bawa kad pengenalan. Wang RM500 boleh pindahkan secara online atau masukkan di mesin ATM bila akaun sudah dibuka.

4. Pastikan kita mengisi nama bisnes dengan lengkap untuk mengelakkan sebarang pertanyaan dan soal jawab dari pihak bank.

5. Jangan lupa minta pegawai bank 'link'kan akaun simpanan kita dengan akaun semasa yang baru dibuka. Untuk mudah kita semak dan urus pengeluaran dengan hanya satu kad bank sahaja.

6. Selesai.