UA-111544038-4

Iklan Canvas

 Kanvas merupakan pengalaman mudah alih yang mengasyikkan dan jelas di Facebook bagi perniagaan untuk menyampaikan kisah mereka dan mempamerkan produk mereka.

 

 

Penceritaan kelihatan nyata

Anda boleh membina Canvas anda dengan mudah menggunakan gabungan video, imej pegun dan butang seruan tindakan. Dalam Canvas, orang boleh meleret lalu imej karusel, mencondongkan untuk melihat imej panorama dan mengezum masuk untuk melihat imej dengan lebih terperinci.
 

Direka bentuk untuk mudah alih

Canvas dibina untuk menyiarkan kandungan anda dalam pengalaman pemuatan yang pantas dan selanjar pada Android dan iOS. Dengan memanfaatkan teknologi sama yang digunakan untuk memaparkan foto dan video secara pantas dalam apl Facebook, Canvas memuat naik dengan cepat, iaitu 10 kali lebih pantas daripada pemuatan web mudah alih yang standard.
 
 

Fleksibel bagi sebarang objektif

Dengan Canvas, anda mempunyai kawalan kreatif yang lengkap untuk mencapai sebarang objektif seperti menyampaikan kisah jenama anda, mempromosikan filem baharu dan mempamerkan produk anda.