Cukai untuk Perniagaan Enterprise dan Perkongsian

Bagi perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal atau Perkongsian), keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Oleh yang demikian kadar cukainya adalah berdasarkan kadar cukai individu. Tidak seperti Syarikat Sdn Bhd di mana cukai Syarikat Sdn Bhd ditanggung oleh Syarikat dan bukan individu dan kadarnya berdasarkan cukai syarikat.
Cara pengiraan cukai untuk Enterprise bagi menghasilkan Chargeable Income (Pendapatan Bercukai) adalah sama dengan Syarikat Sdn Bhd. Oleh yang demikian keuntungan atau kerugian perniagaan seperti di dalam akaun akan dilaras semula berdasarkan kepada pengiraan cukai bagi menghasilkan Chargeable Income. Kemudian Chargeable Income ini akan dicampur dengan lain-lain pendapatan (sekiranya ada) dan barulah ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang diberikan seperti Individu, Isteri, Insuran & EPF dsb. Ringkasnya apabila telah mendapat amaun Chargeable Income tadi barulah dikira seperti secara pengiraan cukai individu.
Contoh :
Keuntungan/kerugian (seperti didalam akaun) = RMXXX,XXX
(Dicampur semula dgn Gaji Pemilik)
Campur : Perbelanjaan-perbelanjaan tidak dibenarkan = RMXX,XXX
Tolak : Elaun-elaun Modal = RMXX,XXX
Tolak : Pelepasan2 : Diri, Isteri, EPF, Insuran etc = RMXX,XXX
Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) = RMXX,XXX
Cukai (Berdasarkan Jadual Individu) = RMX,XXX
Oleh itu semakin besar keuntungan perniagaan anda, semakin tinggi pula cukai dikenakan. Kadar cukai bagi Enterprise adalah berdasarkan kadar cukai individu.
Kekurangan (Dari sudut Percukaian) :
- Bagi perniagaan keuntungan yang besar maka kadar cukainya adalah tinggi, lebih tinggi dari kadar cukai Syarikat Sdn Bhd. Sebagai contoh (seperti di atas), kalau Chargeable Income Enterprise adalah RM500,000 maka kadar cukainya adalah 28% iaitu RM140,000 sedangkan bagi Syarikat Sdn Bhd adalah 20% iaitu RM100,000...so beza RM40,000...banyak bukan?? :)
- Bagi Sdn Bhd cukai syarikat yang dibayar, syarikat boleh menggunakan Seksyen 108 bagi mengeluarkan Dividen kepada pemegang saham. Pihak syarikat tidak perlu lagi membayar cukai atas dividen lagi kerana mereka boleh menggunakan Seksyen 108 ini. Sedangkan Enterprise tidak boleh membayar Dividen dan cukai yg mereka bayar akan lenyap begitu sahaja.
Benarkan orang makan gaji cukai lebih tinggi daripada orang bisnes?
Bagi orang bisnes, walaupun pendapatan mereka lebih tinggi, namun mereka membayar cukai lebih rendah daripada orang yang makan gaji. Ini kerana cukai hanya dikenakan berdasarkan keuntungan syarikat. Semakin tinggi keuntungan syarikat, maka cukai juga tinggi.
Bagi orang bisnes, cukai memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun mereka boleh mengurangkannya. Caranya adalah dengan mengurangkan keuntungan syarikat. Berikut merupakan beberapa cara yang biasa digunakan untuk mengurangkan keuntungan syarikat:
1) Melabur kembali di dalam perniagaan kerana modal dikecualikan cukai.
2) Membayar zakat dan bersedekah.
3) Memberi hadiah kepada orang tertentu.
4) Membayar pelbagai jenis elaun kepada pengarah syarikat atau pekerja
Sebab itu ada sesetengah syarikat tidak mencatatkan keuntungan walaupun pendapatan tahunan melebihi jutaan ringgit. Ini kerana mereka berbelanja dahulu, dan lebihan baru digunakan untuk membayar cukai. Itupun sekiranya masih ada lebihan. Berbeza dengan orang makan gaji, mereka perlu membayar cukai dahulu dan lebihan baru boleh dibelanjakan. Justeru orang makan gaji lebih banyak membayar cukai berbanding orang bisnes. Itu merupakan kelebihan sekiranya anda menjadi orang bisnes.

5 Kepentingan Website Untuk Pemasaran Bisnes
By : JOMBIZ Network on 25 Apr 2018
11 Things Successful People Do By Age 30
By : JOMBIZ Network on 13 Mar 2017
Best Email Marketing Software for Small Business
By : JOMBIZ Network on 26 Dec 2016
7 Tabiat Orang Kaya Yang Nampak ‘Miskin’
By : JOMBIZ Network on 19 May 2018
Tutorial Link CIMB Kwik Debit Mastercard ke Steam dan Paypal
By : JOMBIZ Network on 20 Nov 2016
32 Cool WhatsApp Tricks To Chat Like A Pro
By : JOMBIZ Network on 4 Jan 2017
Fortunejack - bitcoin casino, sport betting, bitcoin dice
By : Vitalii Orlov on 16 Feb 2021
разнорабочий в шереметьево в москве bestgruzchik
By : InvillevicH InvillevicH on 20 Dec 2020
купить секс мебель
By : InvillClelf InvillClelf on 14 Nov 2020
производители вышек путь
By : Davidfraus Davidfraus on 3 Nov 2020