UA-111544038-4

10 SEBAB MENGAPA BISNES ANDA PERLUKAN LAMAN WEB!

Tidak dapat dinafikan,bisnes online kini menjadi salah satu keperluan penting untuk bisnes anda.Tidak kira sebelum ini anda menjalankan bisnes offline sekali pun,anda harus menambah elemen-elemen bisnes online ke dalam bisnes offline anda.

Sudah pasti keadaan ekonomi pada masa kini memerlukan anda berfikir secara lebih kreatif dan meningkatkan kelajuan bisnes anda.Apa yang saya dapat lihat sekarang,adalah satu kerugian jika anda tidak memasukkan elemen bisnes online di dalam bisnes anda. Tidak kiralah anda membuka cafe,kedai cuci kereta,sewa kereta,homestay dan lain-lain,bisnes online kini sangat penting untuk memastikan anda tidak terus hanyut ketinggalan di zaman yang penuh mencabar ini.

 

Baiklah di sini saya senaraikan 10 sebab mengapa anda perlu memiliki laman web untuk bisnes anda sendiri :

 

1 – Tapak Bisnes Anda Sendiri
laman web
Mungkin bagi anda,platform-platform di luar sana seperti Facebook ataupun instagram sudah memadai untuk mempromosikan bisnes anda.Tapi anda harus ingat,anda masih menumpang di “rumah” orang lain.

Bagaimana sekiranya facebook ataupun instagram bisnes anda yang mempunyai ratusan likes tiba-tiba sahaja dipadam oleh facebook seperti yang pernah berlaku oleh beberapa usahawan sebelum ini? Adakah anda terpaksa mula dari bawah semula? Cadangkan saya,bina “tapak bisnes anda sendiri” iaitu laman web anda sendiri.

 

2 – Tingkatkan Brand Bisnes Anda

brand
Memiliki laman web anda sendiri juga akan meningkatkan lagi keyakinan bakal-bakal pelanggan anda kepada anda.Sudah pasti mereka lebih mudah yakin dengan anda dan menganggap anda betul-betul serius dalam menjalankan perniagaan anda jika anda mempunyai laman web anda sendiri.

Bayangkan kerugian yang anda perolehi sekiranya pesaing anda telah meningkatkan kreadibiliti mereka melalui laman web mereka sendiri sedangkan anda masih belum memiliki lagi laman web anda sendiri.

 

3 – Potensi Dipromosikan Melalui Enjin Carian


google

Selain itu juga,laman web anda akan lebih mudah dan berpotensi untuk dijumpai di enjin carian seperti Google.com. Sekiranya bakal-bakal pelanggan anda terjumpa laman web anda melalui enjin carian,bermaksud anda mampu mempromosikan perniagaan anda secara PERCUMA. Best kan 

 

4 – Pasaran Lebih Meluas


pasaran luas

Salah satu kebaikkan mempunyai laman web anda sendiri,anda mampu mempromosikan bisnes anda dengan lebih meluas lagi.Jika sebelum ini anda hanya mampu mempromosikan bisnes anda di kawasan berdekatan sahaja termasuk pesaing-pesaing anda,kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan mempromosikan secara online,pasaran untuk bisnes anda lebih meluas.

 

5 – Kos Promosi Lebih Jimat
jimat
Kos promosi untuk bisnes anda juga akan lebih jimat jika anda mempunyai laman web anda sendiri. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk mencetak sebarang bahan promosi seperti flyer untuk bisnes anda,anda boleh terus tampal bahan-bahan promosi ke laman web anda dan dilihat oleh bakal-bakal pelanggan anda di mana sahaja mereka berada.

 

6 – Zaman Generasi Bijak IT


2016-05-06-1462539856-7174175-6358850986901693652109630270_TECHTRENDS

Tidak dapat dinafikan, generasi baru kini adalah generasi “bijak IT”, kebanyakkan mereka yang lahir terutamanya anak-anak remaja masa kini sudah terbiasa dengan teknologi-teknologi pada masa kini. Mereka sudah terbiasa dengan gadjet-gadjet serta melayari internet. Sudah pasti anda tentu akan terlepas peluang jika tidak mengambil peluang ini.

 

7 – Mudah diakses Melalui Telefon Pintar

 

hands texting with mobile phones in cafe

Apa yang lebih menarik pada masa kini,kebanyakkan daripada kita kini sangat mudah untuk melayari internet di mana-mana sahaja kita berada.Tidak kira pelanggan anda berada di dewan,kedai makan,kedai cuci kereta,perpustakaan,taman atau dimana sahaja,pelanggan anda dapat melayari laman web anda di mana sahaja anda berada.

 

8 – Promosi Secara 24/7
247
Selain itu,dengan mempunyai laman web anda sendiri juga,anda dapat mempromosikan bisnes anda 24jam sehari setiap masa.Tambahan pula,anda mampu mempromosikan bisnes anda dengan santai dan mudah dengan adanya laman web anda sendiri tanpa anda perlu bersusah payah.

 

9 – Anda tidak ketinggalan oleh pesaing anda.


turtle
Mungkinkah juga pesaing anda juga telah memiliki laman web bisnes mereka sendiri dan mula mempromosikan bisnes mereka secara online? Usah ketinggalan! Anda harus pantas menuju ke hadapan.

 

10 – Rakan-rakan atau agen anda boleh membantu mempromosi bisnes anda.


viral_main

Dengan memiliki laman web anda sendiri juga,rakan-rakan ataupun agen-agen anda boleh membantu mempromosikan bisnes anda dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada.Mereka juga boleh SHARE laman web anda di mana-mana laman sosial seperti facebook dan lain-lain.

 

11 – Selesaikan Masalah Kawasan Kedai Anda Tidak Strategik


JB-FE-Shop_10
Jangan jadikan masalah kedai anda terletak di kawasan yang tidak strategik sebagai satu alasan untuk anda terus menyalahkan penyebab kedai anda kurang laku dan sebagainya.Tindakan anda salahkan itu dan ini juga tidak akan menyelesaikan masalah bisnes anda malahan akan menyebabkan bisnes anda mungkin ke ambang kejatuhan!

Gunakan kuasa yang ada pada laman web untuk mempromosikan kedai anda secara online,jika kaedah promosi anda menarik dan hebat,bakal-bakal pelanggan anda akan tetap mencari kedai anda walaupun terletak jauh dari pandangan mata kawasan tumpuan orang ramai!

Baiklah! Ini adalah 10 sebab mengapa anda harus memiliki laman web anda sendiri. Saya pasti jika anda berfikir untuk jangka masa yang panjang,anda harus memiliki laman web untuk bisnes anda.

Tambahan pula pada masa kini,keadaan ekonomi tidak begitu berada di tahap yang baik dan kita harus sama-sama mencari jalan untuk memastikan perniagaan kita mampu berjalan dengan lancar dan berkembang.

 

- sumber: Khairil Izwan