UA-111544038-4

10 PERKARA ASAS AFFILIATE

Dalam artikel sebelum ini,anda telah diberikan penerangan mengenai apa itu affiliate.

Dan di dalam artikel kali ini,saya akan memberikan anda 10 perkara asas mengenai Pemasaran Affiliate. Perkara ini adalah penting sebelum anda “mengasah” lebih lanjut lagi pemasaran Affiliate anda.

 

Berikut merupakan 10 perkara asas mengenai Affiliate :

Slide15

 

1. MEMILIH SATU NICHE

niche-affiliate

  • Apa itu Niche? Hmmm…Senang nak cakap,niche tu dalam bahasa melayunya adalah “Bidang“. Jadi dalam pemasaran Affiliate,anda harus mencari bidang yang anda inginkan.Kuasai satu bidang terlebih dahulu contohnya niche buat duit,niche wanita,niche kesihatan dan lain-lain.

 

2. MENCARI PRODUK AFFILIATE YANG BERMUTU TINGGI.

affiliate-product-selection

  • Walaupun terdapat banyak produk-produk yang menawarkan Affiliate,anda harus mencari produk Affiliate yang bermutu tinggi.Ini bagi memudahkan anda mempromosikan produk tersebut serta menjaga nama baik anda sendiri.
  • Bayangkan jika anda mempromosikan produk yang anda sendiri kurang yakin dengan produk tersebut,sudah tentu ianya mampu merosakkan nama anda dan membuatkan pelanggan-pelanggan anda kurang yakin dengan produk affiliate yang anda tawarkan pada masa akan datang.

 

3. BINA WEBSITE BAGI SETIAP NICHE

websites

  • Sebaiknya,anda sediakan sekurang-kurangnya satu website untuk setiap niche Affiliate anda. Contohnya jika anda ingin membuat pemasaran Affiliate untuk niche kesihatan,anda boleh membuat satu website atau blog khas untuk niche tersebut.

 

4. BAJET PROMOSI

Stacks of coins with the word BUDGET isolated on white background

  • Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah percuma untuk mempromosikan pemasaran Affiliate anda.Namun sudah pasti,ianya akan mengambil sedikit masa untuk anda menjana pendapatan melalui kaedah percuma dan memerlukan kerajinan anda.
  • Namun,jika anda ingin menjana pendapatan lebih  cepat melalui Affiliate,anda boleh memperuntukan sedikit bajet anda untuk tujuan promosi.
  • Jika anda mengatur dengan teliti bajet promosi anda,sudah tentu anda dapat mengira kos promosi anda dan juga jumlah keuntungan anda dalam pemasaran Affiliate.

 

5. TARIK PELANGGAN KE WEBSITE

Customer-Relationship

  • Baiklah setelah anda mempunyai laman web untuk mempromosikan link affiliate anda,apa yang paling penting ialah anda harus menarik seberapa ramai bakal pelanggan anda ke dalam laman web anda.
  • Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan antaranya mempromosikan laman web anda melalui laman sosial facebook,tingkatkan SEO web anda,mempromosi melalui email marketing.

 

6. MELETAKKAN LINK AFFILIATE DI DALAM SETIAP POST BLOG

linkaff

  • Apa yang paling penting ialah,anda letakkan seberapa banyak link affiliate di dalam setiap post blog anda.Lebih banyak link affiliate yang anda letakkan lebih besar potensi pelanggan untuk klik link affiliate anda. (Tapi jangan pula terlebih letak ya hehe..)

 

7. BERIKAN PRODUK PERCUMA UNTUK MENGUMPUL SENARAI EMAIL

autoresponders

  • Untuk memantapkan lagi kaedah pemasaran Affiliate anda,anda juga boleh gabungkan teknik affiliate ini dengan pemasaran email.
  • Salah satu kaedah pemaran email yang biasa digunakan ialah memberikan produk percuma untuk mengumpul senarai email pelanggan anda.

 

8. JADIKAN DIRI TEMPAT PERTANYAAN

Customer Service

  • Menjadikan diri anda ataupun laman web anda tempat rujukan ataupun pertanyaan sudah tentu akan menghasilakn pengikut ataupun pembaca anda sendiri.
  • Semakin mereka melihat anda “pakar” dalam sesuatu niche affiliate anda,semakin berpotensi orang membeli produk dari link affiliate anda.

 

9. CUBA MENGHASILKAN PENDAPATAN PASIF

passive-income

  • Pemasaran Affiliate merupakan salah satu “pendapatan pasif” jika anda benar-benar serius menjana pendapatan melalui Affiliate..

 

10. BEKERJA MENGIKUT JADUAL

meetingking_tasks

  • Sebaiknya,anda bekerja mengikut jadual yang anda rancang sendiri,ini bagi memastikan anda konsisten mempromosikan Affiliate anda.Sudah tentu dengan adanya jadual,anda mampu menyusun atur pelan pemasaran anda dengan lebih baik dan sempurna.

 

Baiklah ini sahaja,sedikit penerangan asas untuk Affiliate.Mungkin artikel kali ini agak “bosan” sedikit,namun,ini merupakan perkara asas yang anda perlu tahu sebelum anda memulakan pemasaran Affiliate anda.

Saya doakan anda menjadi salah seorang yang berjaya dalam bisnes pemasaran Affiliate ini. Amin.

 

p/s: Jika anda sedang mencari peluang untuk memulakan bisnes Affiliate, saya sarankan anda dapatkan produk affiliate di website JOMBIZ! Business Network. JomBiz! membuka program yang dinamakan #AskarAffiliate sebagai satu platform untuk orang ramai memperolehi pendapatan melalui bisnes affiliate. Komisyen yang diberi juga adalah tinggi iaitu dari 30%-200%!

 

- sumber: Khairil Izwan | www.jombiz.com